Bala Kerana Dosa



Terpaksa berperang dengan api

Kalau dibiarkan punah negara

bertambah lagi tenaga, memerlukan lagi harta

di saat wang tiada, memerlukan wang pula

Di mana kuasa kita ?!

Mahu mendabik dada lagikah ?!

Bila kita mahu insaf ?

Belum kah masa lagi kita merujuk

kepada Tuhan yang Maha Esa ?!

Allah lakukan itu semua untuk

menyedarkan kelemahan kita

Bala yang menimpa kita itu kerana dosa-dosa kita,

Moga-moga kita mengambil ingatan

di dalam semua peristiwa

Kemudian terus kita kembali

merujuk kepadanya,

kita bangunkan syariatnya sebagai cara hidup

Setelah itu ia akan jadi budaya hidup,

jangan lengah-lengah lagi,

Cepat kita mula dari sekarang,

jangan ragu-ragu lagi,

kita tuntun rakyat ke arah itu

Kalau kita pemimpin

kita patuhi arahan, jika kita rakyat,

Pemimpin mulakan dahulu,

nanti rakyat mudah mengikut

selepas itu,

Bila berlaku ini semua,

kemurkaan Allah reda,

Bala bencana dia akan tarik semula,

kita akan hidup aman damai dan penuh bahagia.

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi